HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 Memelihara persahabatan (versi: Kongsi bersama)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Arabella
member baru


Number of posts : 232
Registration date : 2007-03-19

PostSubject: Memelihara persahabatan (versi: Kongsi bersama)   Mon 16 Apr 2007 - 11:34

1. Menyenangkan atau menggembirakan hati kawan. Ini bersandarkan sabda Nabi S.A.W yang
bermaksud: “Amal perbuatan yang paling disukai Allah sesudah amalan fardhu (wajib) ialah memasukkan kesenangan ke dalam hati seorang muslim (saudara kita sesama Islam)”. (HR At-Thabrani).

2. Senyum terhadap kawan. Ini adalah Sunnah yang dianjurkan dalam Islam, sebagaimana sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Senyumanmu di hadapan wajah saudaramu adalah sedekah”. (Masabihus-Sunnah).

3. Memperbaiki aib kawan. Islam sangat menganjurkan umatnya supaya apabila ternampak keaiban kawan atau sahabat diingatkan dan dibantu untuk kawan itu memperbaikinya. Hal ini
bersandarkan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Seorang mukmin adalah cermin kepada mukmin yang lain, apabila melihat aibnya hendaklah segera memperbaikinya”. (HR Bukhari).

4. Adab sopan bila berada di tepi jalan. Islam telah menentukan adab-adab yang terbaik bagi membantu kaki-kaki lepak di kawasan laluan orang ramai, sebagai mana Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu duduk-duduk di tepi jalan. Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Kami perlu duduk-duduk untuk berbincang-bincang. Rasulullah S.A.W kemudian berkata: Apabila memang perlu duduk-duduk (di tepi jalan itu), maka berilah jalan itu haknya. Mereka bertanya (lagi): Apakah hak jalan itu, wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah S.A.W: “Memalingkan pandangan (bila wanita melalui jalan itu), dan hindari daripada mengganggu,
menjawab salam dan beramar makruf serta mencegah kemungkaran”. (HR Muttafaqun ‘alaih).

5. Jangan tunjukkan rasa gembira di atas derita kawan. Nabi S.A.W melarang perbuatan ini, sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “Jangan engkau zahirkan rasa gembira atas penderitaan saudara engkau, nescaya Allah akan menyelamatkannya, dan akan menimpakan (musibah) kepada engkau”. (HR At-Thusi dan At-Tirmizi).

6. Jangan menghina kawan. Hal ini amat jelas sebagaimana sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Cukup jahat orang yang menghina saudaranya”. (HR Muslim).

7. Memberi hadiah kepada kawan. Islam menggalakkan amalan bertukar-tukar atau beri-memberikan hadiah kepada kawan, rakan atau sahabat, ini bersandarkan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Hendaklah kamu saling memberikan hadiah. Sesungguhnya pemberian hadiah itu dapat menghilang penyakit kedengkian”. (HR At-Tirmizi dan Ahmad).

8. Mengucap salam dan berjabat tangan. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: ”Apabila kamu berjumpa salinglah mengucapkan salam dan berjabat tangan, dan bila kamu berpisah, berpisahlah dengan ucapan istighfar”. (HR At-Thahawi).

Demikianlah, secara ringkas dapat penulis nukilkan beberapa nilai adab sopan dan akhlak budi yang sepatutnya remaja, pelajar dan muda-mudi Islam praktikkan sehingga ia menjadi amalan
dan budaya yang bersumberkan syariat, bukan dijadikan adat kebiasaan. Sebab amalan adat yang bertentangan dengan syariat adalah tidak wajib dijadikan amalan bagi remaja, pelajar dan
muda-mudi Islam yang beriman. Mudah mudahan dengan mengamalkan adab sopan dan akhlak mulia di dalam pergaulan akan bertambah mantaplah persaudaraan dan silaturrahim sesama
Islam dan kawan-kawan kita. Wallahu ‘Alam.

Sumber: MUIS
Back to top Go down
View user profile
 
Memelihara persahabatan (versi: Kongsi bersama)
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kolekolek Portal :: Info / Tips / Kemahiran :: Kesihatan/Nasihat/Agama-
Jump to: