HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 GARIS PANDUAN MAKANAN, MINUMAN DAN BARANG GUNAAN ORANG ISLAM

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Arabella
member baru


Number of posts : 232
Registration date : 2007-03-19

PostSubject: GARIS PANDUAN MAKANAN, MINUMAN DAN BARANG GUNAAN ORANG ISLAM   Sun 3 Jun 2007 - 9:37

1. TUJUAN
Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi
menentukan kehalalan sesuatu produk. Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada
pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam.

2. SUMBER BAHAN MAKANAN DAN MINUMAN
Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan semulajadi, bahan
kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan.

2.1 Haiwan
Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu;
a) Haiwan Darat.
b) Haiwan Air.

2.1.1 Haiwan Darat
Semua haiwan darat halal dimakan kecuali;

i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.
ii. Babi.
iii. Anjing.
iv. Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti
harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya.
v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung
helang, burung hantu dan seumpamanya.
vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.
vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan
labah-labah.
viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.
ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu,anjing laut dan seumpamanya.
x. Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing.

2.1.2 Haiwan Air
Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh
dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

2.1.3 Tumbuh-tumbuhan
Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan,
membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.

2.1.4 Minuman
Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan
bercampur dengan benda-benda najis.

2.1.5 Bahan Semulajadi
Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.

2.1.6 Bahan Kimia
Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.

2.1.7 Bahan Tambah
Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak.


3. BAHAN GUNAAN ORANG ISLAM
Bahan gunaan orang Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu;

a) Kosmetik
b) Pakaian dan peralatan.

3.1 Kosmetik
3.1.1 Kosmetik adalah bahan-bahan atau ramuan yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku dan seumpamanya.

3.1.2 Bahan kosmetik yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali
yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang diperbuat daripada sumber haiwan halal yang disembelih menurut kehendak syarak adalah boleh digunakan.

3.2 Pakaian dan Peralatan
3.2.1 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh digunakan.
3.2.2 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada bulu haiwan boleh digunakan kecuali bulu babi dan anjing.
3.2.3 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada tulang, tanduk, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan mengikut hukum syarak boleh digunakan. Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada kulit haiwan (kecuali kulit babi dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan.

Back to top Go down
View user profile
 
GARIS PANDUAN MAKANAN, MINUMAN DAN BARANG GUNAAN ORANG ISLAM
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» bomb explodes in central oslo
» MILLION - MAN PROTEST OVER ANTI-ISLAM FILM
» Hundreds would have died in U.K. in attack plotted by Islamic fanatics
» RADICAL ISLAM SPARKS CONTROVERSY DOWN UNDER
» National Representative of the Nation of Islam Louis Farrakhan in brief

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Kolekolek Portal :: Info / Tips / Kemahiran :: Kesihatan/Nasihat/Agama-
Jump to: